Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2485

Earthwood Celeb

$
0
0
Pengalaman kali kedua memasang tali gitar akustik, kali pertama tiga tahun lepas. Celeb dibelanja dengan tali gitar baru, bukan Martin yang disertakan (percuma) semasa pembelian, tetapi *Ernie Ball Earthwood Light 80/20 Bronze yang diperolehi daripada Gapnap.


Memasang tali gitar pada bridge gitar akustik yang tidak memiliki end-pin memang cepat dan senang. Sempat juga menjenguk pikap piezo Ovation Slimline, melekat pada plastik bridge. Agak berbeza berbanding pikap Fishman Sonicore.

Ovation Slimline.
Fishman Sonicore.
Mulanya agak skeptik dengan tali gitar akustik bersaiz 11-52, itupun dah digelar "light". Tapi bila difikirkan akupun menggunakan saiz 10-52 untuk gitar elektrik pada talaan Eb-standard, mungkin ia taklah sekeras mana kan?


Dengan set tali yang baru, mood untuk memainkan gitar akustik membuak-buak. Tapi terkial-kial juga jari waktu praktis lagu Lord Of The Rings (Blind Guardian) versi akustik, kah kah kah...

_____
AADI: *Oh ya, siri Earthwood ini tidak terkena sumpahan karat Ernie Ball.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2485