Hari kelapan tahun 2018, sudah mula memikirkan sasaran materialistik perhobian tahunan.
1) Kegitaran - Hobi yang tak pernah slow-down memasuki tahun yang kesembilan. Kebanyakkan GAS telahpun ditunaikan
tahun lepas. Tapi GAS tetap GAS kan? Here goes...
a) Boss
MT-2 Metal Zone - Hahaha, entah mengapa~ Maybe just for the fun of it, and to prove MT-2 doesn't suck. Pernah memilikinya
lima tahun lepas, tapi telah dijual tahun berikutnya kerana (ketika itu) aku membuat keputusan untuk memilih haluan multi-fx sepenuhnya.
b) Noise suppressor/gate, Boss
NS-2 atau EHX
The Silencer - Setelah mengalami beberapa situasi melibatkan bunyi-bunyian menjengkelkan di rumah, studio dan atas pentas, nampaknya aku perlukan sebuah pedal noise suppressor/gate yang praktikal. Tidak seperti
Reaction Hush yang pernah dimiliki beberapa tahun lepas. Ok, ini keperluan, bukan kemahuan seperti MT-2 di atas.
![]() |
Gambar hiasan (imej cilok). |
c) 7-stringer - Ingin mencuba gitar bertali tujuh, tapi itupun dengan
syarat dapat melepaskan sebuah (atau dua) gitar bertali enam yang ada dalam axology. Model? Belum pasti, mungkin daripada khemah LTD atau Ibanez.
![]() |
Gambar hiasan (imej cilok). |
Dan harapnya tidak terGAS untuk membeli pikap gitar untuk tahun ini. Yang ada dalam simpanan pun kalau boleh ingin dijual.
2) Console gaming - Hobi yang ini dah mula dingin, tapi kalau nafsu gaming kembali berahi, mungkin akan target
Doom 2016 dan/atau
Street Fighter V. Itupun kalau dah habis main
Tomb Raider Reboot dan
The Last Of Us.
![]() |
Imej cilok. |
3) Gaming PC - Tahun ini berhasrat untuk menaiktaraf PC yang sedia ada, atau pasang set yang baru secara perlahan-lahan. PC yang ada sekarang berspesifikasi tahun 2012. Bukan setakat untuk gaming, PC yang berprestasi juga sesuai digunakan untuk projek rakaman
DAW di rumah.
![]() |
Guna 486DX2 boleh? |
Biasa-biasa saja kan?
1) a) dan
2) mungkin boleh diabaikan terus jika kuat bermuhasabah diri. Tahun ini kalau boleh dana-dana perhobian perlu dikurangkan dan disalurkan untuk dana lain, kerana dijangkakan bakal ada ahli keluarga baru :)
_____
AADI: GAS on!