Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all 2451 articles
Browse latest View live

Wordless Wednesday: Pick, FRS Saddle Dan Nonuz


Ada Apa Dengan Connect?

$
0
0
Dah lama tak mengikuti perkembangan kumpulan rock Ostorlia Australia Sick Puppies ni. Album (EP) unplugged mereka Polar Opposite pun aku tak "cekidaut" lagi. Tup-tup sekarang dah ada album baru bertajuk Connect yang dirilis secara rasminya pada 16/7/2013 yang lepas.


Dengar khabar album kali ni Emma Anzai juga menyanyi untuk beberapa buah lagu, rentetan daripada peminat Sick Puppies yang mahupan Emma menyanyi selepas lagu White Balloons dalam album Tri-Polar.


Ya, akupun sekali-sekala layan juga genre lain seperti alternative rock dan pop (Belinda Carlisle dan Nassier Wahab sebagai contoh), taklah metal sepanjang masa. Harap-harap Polar Opposite ada tersenarai estock_deutschland. Nanti nak cuba sedut sessi pra-dengar album Connect ni.

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Sick Puppies atau Facebook mereka.

_____
Ada apa: Oh Emma~

Metallica - Garage Inc. (Part 2)

$
0
0
Bungkusan eBay dari UK yang baru sahaja diterima sebentar tadi (sebenarnya hari ni tak ada idea nak buat entri), berisi CD audio diperolehi semestinya daripada seller estock_deutschland. Kali ni album kompilasi Metallica iaitu Garage Inc. menjadi pilihan, adakah ia viral Metallica Stadium Merdeka?


Tahun 2009 lepas (zaman eBayholic), aku pernah memiliki album ni (entri ni), tapi ia telah berpindah milik kepada seorang rakan sepermetalan Bintulu sekitar 2011. Disebabkan masalah kewangan (pasca Projek Mega 2011) yang belum stabil, banyak koleksi CD audio aku terpaksa dilelong untuk mendapatkan dana-dana segera bagi memenuhi keperluan rumahtangga.

Antara yang menjadi mangsa - Metallica (kecuali S&M dan Ride The Lightning), Megadeth (kecuali Peace Sells, But Who's Buying?, Rust In Peace, Risk, United Abominations dan Endgame), Nirvana, Motorhead, Children Of Bodom, Fear Factory, In Flames, Dream Theater, Joe Satriani dan Skid Row.

Ni baru sold-out namanya!
Tapi dengan adanya seller estock_deutschland yang menawarkan harga tersenyum (album ni diperolehi dengan harga €3.91 @ RM16.90), aku cuba untuk mengumpul semula koleksi-koleksi yang telah dilelong secara merangkak-rangkak berperingkat terutamanya Metallica, Megadeth dan Nirvana.

Cerita nostalgia di sebalik album ni tak payahlah aku ceritakan semula, boleh rujuk entri yang lepas.

_____
Ada apa: The Metallicats!

Metalian - Kabus

$
0
0
Kesinambungan daripada entri santai bersama otai XYZ minggu lepas.

Jika diberi syarat "wajib main/cover satu lagu dari era rock 80an", aku memilih lagu Kabus daripada kumpulan Metalian.


Direkomen oleh pakar rock kangkang 80an kita iaitu Berteromber, untuk mendapatkan sedikit kelainan dan "rarity" berbanding lagu-lagu kumpulan bernama besar yang masih wujud sehingga kini (Search, Lefthanded, Wings, May, dll).

Antara lagu lain yang direkomen, Langsuir Liar - Rusty Blade (too common) dan Peperangan - D'Febians (klon Creeping Death?).

_____
Ada apa: Macam ada vibe lagu Prowler (Iron Maiden).

Ada Apa Dengan Ayam Minyak Bijan?

$
0
0
Petang tadi giliran aku pula memasak juadah berbuka puasa. Selalunya Mrs. Ijau yang masak dan aku menjaga Lil'Ijau, tapi hari ni bertukar syif.


Seperti kes ayam 100 plus dalam entri ni, resepi yang dimasak petang tadi pun kira eksperimentasi tambah itu ini masak ala Jamie Oliver. Konon-konon nak masak sizzling tapi kurang kepakaran, jadi main hentam sajalah.

Disajikan bersama dengan kentang goreng bakar (masak tanpa minyak). Bila dah masuk waktu berbuka puasa (sungkei, iftar) baru terasa minyak bijan terlebih banyak berbanding bahan-bahan lain, jadi aku namakan juadah ni ayam minyak bijan "AADI style".

_____
Ada apa: Tahap filler entry.

Headbangers Ball

$
0
0
Hari ni aku tak ada idea nak buat entri...

Layan headbang sampai jatuh stage.

_____
Ada apa: MBA suka la ni...

Wordless Wednesday: Lemon Drop

Antara Goldtop, Pickguard Dan Adrian Smith

$
0
0
Aku mula membuka pickguard Goldie sekitar bulan Oktober tahun lepas supaya kemasan emas (goldtop) 100% menyerlah.

Without pickguard.
Tetapi malam tadi aku memasang semula pickguard, supaya kembali nampak klasik Les Paul dan juga disebabkan entri Deaf-Angel ni.

With pickguard.
Seperti gitaris lain, aku juga tidak terlepas daripada terpengaruh dengan apa yang digunakan oleh gitaris idolaku - in my case, H (aka Adrian Smith).

Tapi bila dah tengok gambar-gambar terkini konsert Iron Maiden di Eropah dalam entri Deaf-Angel, double-confirmed memang H dah pasang pickguard pada Goldtopnya.

Hehehe... Nampak lebih mirip kepada Goldtop Doug Aldrich berbanding Goldtop H.

_____
Ada apa: Dua daripada axology aku memang dipengaruhi oleh H - Goldie dan Calypso.

Sudden GAS: EMG Pickups

$
0
0
Bisikan *nafsu untuk memodifikasi Mirage aku kembali lagi, kali ni aku bercadang untuk meng"aktif"kannya dengan pikap EMG berkonfigurasi H-S.

EMG 85 (kenapa bukan EMG 81?)
EMG SA
Kenapa aktif? Variasi, untuk mendapatkan bunyi metal yang agak berbeza daripada dua gitar aku yang berpaksikan pikap-pikap pasif DiMarzio - PAF 36th Anniversary + Super Distortion pada Goldie dan Evolution + Tone Zone pada Calypso.

Kenapa EMG? Kelebihan pikap-pikap EMG berbanding pikap aktif yang lain seperti Seymour Duncan Blackouts dan Tesla AH-series ialah solderless install system. Dengan sistem ni tak perlu bersusah payah bermain dengan pateri.


Bersambung...

All images linked from EMG website.

_____
Ada apa: *Patutnya bulan puasa ni bulan mengawal nafsu...

Ada Apa Dengan RM6.50? (Part 2)

$
0
0
Sarawak masih lagi mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun lepas iaitu RM6.50 meskipun dengan kenaikan harga barang makanan.

Tiga keping, bila lagi nak empat?
Seperti tahun lepas, aku rasa kadar zakat fitrah di Sarawak antara yang termurah di Malaysia. Berapa pula kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
Ada apa: "Hari ini Tuan Sadiq Segaraga hendak memberi zakat..."

H-S Config, With Split Humbucker In Mid Position?

$
0
0
Selain bernafsu bercadang meng"aktif"kan Mirage aku dengan pikap EMG seperti entri lepas, alternatif murah lain ialah untuk menggunakan pikap pasif juga dengan konfigurasi H-S (no mid pickup) dan menggunakan suis tiga arah DiMarzio EP1105.

DiMarzio EP1105.
Bagaimana untuk menjadikan split humbucker (bridge) pada kedudukan tengah? Adakah ia boleh dilakukan dengan suis EP1105 ni? Selain bertanyakan Yustech, aku berusaha mencari info di internet dan terjumpa rajah seperti di bawah. Btw, only applicable for passive pickups.

Copied from somewhere on the net.
Sambil menunggu input daripada Yustech, dengan meneliti rajah di atas, aku rasa ia boleh dilakukan dengan sedikit modifikasi pada pendawaian pikap singlecoil (most singlecoils have 2-wire leads).

Kenapa H-S? Mirage pada asalnya berkonfigurasi H-S-S, tapi aku jarang guna pikap tengah. Disebabkan dah biasa dengan konfigurasi H-H (Goldie, Calypso) dan dengan cara picking aku yang agak agresif, pikap tengah kadang-kadang menjadi penghalang (selalu sangkut).

Agresif la sangat~
Jika pikap pasif, memang banyak pilihan dan "lubang-lubang" untuk mendapatkannya dengan harga tersenyum yang berbaloi. Dan setakat ni DiMarzio D-Activator (DP220) merupakan humbucker pilihan teratas dalam senarai (secara teorinya, sesuai dengan basswood body dan maple fretboard, ala RG3XXV).

Sekadar gambar hiasan.
Singlecoil untuk neck masih belum terfikir model apa yang sesuai, tapi aku memang bercadang untuk memilih DiMarzio jenis true singlecoil dan bukannya jenis stack atau rail.

Persoalannya, nak eksen aktif atau teruskan tradisi pasif?

Bersambung...

_____
Ada apa: Total DiMarzio camper?

Baju Raya: Sarawak Metal Regime T-Shirt

$
0
0
Baju raya aku tahun ni, t-shirt Sarawak Metal Regime. Selain aku, ramai lagi rakan MUUV pakat-pakat beli t-shirt ni disebabkan rekaannya yang unik, antaranya Korawk, Adi Herman, Rashid COG dan Bob Kandar.


Projek t-shirt ni diusahakan oleh gitaris kumpulan Larrong (Xudin) yang berpusat di Sibu. Diambil sendiri oleh Korawk Ahad lepas.

Tag Fruit of the Loom, XXL - tiada diskriminasi saiz!
Rekaan belakang.
Rekaan belakang agak kurang menyerlah berbanding hadapan, mungkin disebabkan tulisannya tidak mempunyai kontras atau bayang-bayang seperti tulisan di hadapan.


Berlatarbelakangkan bendera lama Sarawak (circa 1960's) dan dengan tambahan maskot kenyalang metal (tiru Garudamon?) sedikit-sebanyak mengalihkan perhatian daripada inverted-cross pada bendera tersebut.

Bagi aku, ia bukanlah t-shirt yang sesuai dipakai harian (tak jadi nak pakai waktu raya) sama seperti t-shirt ESP dalam entri ni. Tapi yang best bila pakat ramai-ramai pakai t-shirt ni pergi tengok gig, konsert atau bola, pasti boria gempak! Akan terasa camaraderie di kalangan metalhead Sarawak.

_____
Ada apa: Balik raya nanti nak cari versi Sabah pula.

Wordless Wednesday: Anemometer

Membakut, Here I Come! (Part 10)

$
0
0
Untuk raya tahun ni, kami sekeluarga akan balik kampung (Membakut) menaiki Imago, maka akan bermulalah babak baru iaitu "the tripleness of the long distance driver" menggantikan babak "the doubleness..." dan "the loneliness..." sebelum ini.


Sebelum memulakan perjalanan jauh, seperti biasa aku menghantar Imago aku untuk diservis tayar (balancing, alignment). Enjin? Enjin baru sahaja diservis major (80k) beberapa bulan lepas, hanya perlu beberapa servis kecil-kecilan (periksa radiator, air bateri, dll) yang boleh dilakukan sendiri.

Dah hampir dua tahun aku tak memandu trans-Borneo (aka tour de Brunei) untuk balik ke Membakut, kali terakhir waktu raya tahun 2011. Semenjak "musim panik" sehingga cuti CNY awal tahun ni, penerbangan Maswings merupakan alternatif pilihan untuk kami sekeluarga balik Sabah. Sekarang Lil'Ijau dah cukup besar untuk dibawa bersama-sama melalui jalan darat.

_____
Ada apa: Cuti Krismas baru balik Dalat...

Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 11)

$
0
0
Stok pikap DiMarzio yang baru sampai pagi tadi datangnya dari Music Master Studio, pastinya untuk projek dalam entri ni.

D-Activator Bridge (DP220), F-spaced version.
Disebabkan pembeli berpotensi pikap Bill Lawrence L-500XL pula tiba-tiba berubah fikiran tak jadi beli, kini aku dalam dilema sama ada ingin menggunakan DP220 ni ataupun L-500XL sebagai pikap bridge pada Mirage aku.

Apa-apapun, tunggu lepas habis cuti raya barulah projek ni akan bermula.

_____
Ada apa: Pikap raya?

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 6)

$
0
0
Akan memulakan perjalanan balik ke Membakut sebentar lagi sempena cuti hari raya. Pada kebiasaan pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) sebelum ini, aku akan memilih 10 CD audio (mostly metal) sebagai bekalan pemanduan.


Untuk kali ni aku hanya berbekalkan lima sahaja - Let Go, From Fear To Eternity, RiskBikin Wilayah dan Metallica (aka black album). Aku rasa cukuplah dengan lima album ni, memandangkan pemanduan kali ni tidak sama seperti sebelumnya (baby on board).

Kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca AADI yang juga ingin memulakan perjalanan balik kampung dalam beberapa hari ni, pandulah dengan selamat, ingat orang yang tersayang dan disayangi.

_____
Ada apa: Jangan sesekali dengar lagu Highway Star, Fuel atau 1320 semasa memandu.

Ada Apa Dengan Kelly? (Part 5)

$
0
0
Menerima info terbaru melalui Twitter dan Facebook mengenai beberapa model terbaru Jackson JS-series untuk 2013. Dan seperti biasa, model Kelly pastinya menarik perhatianku berbanding model lain (Kelly, cintaku terhalang lagi?).


Antara penambahbaikan untuk versi 2013 ni berbanding versi terdahulu ialah:
  • Black hardware (old: chrome hardware)
  • Zebra pickups (old: CVR covered pickup)
  • Neck and headstock bindings (old: no bindings)
Tapi malangnya, versi 2013 tidak lagi didatangkan dengan gigbag Jackson bomb seperti ex-Kelly-Kelly aku dahulu (potong bajet ke?). Ini merupakan Jackson ketiga yang terGAS selepas Adrian Smith's SDX dan KEXMG.


Juga menarik perhatian ialah model JS32 King V dengan kemasan baru putih ber"bevel" hitam. Kalau matching headstock kan best?

Tapi yang pastinya memiliki gitar berbentuk ekstrim ni memang leceh dari segi penjagaan berbanding superstrat ataupun singlecut.

_____
Ada apa: GAS je...

Fight Fire With Firestop

$
0
0
Dengan suasana tempat kerja aku yang menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), sudah menjadi kebiasaan untuk aku bersedia dengan sebarang kemungkinan (tapi taklah sampai tahap doomsday preppers). Selain peti pertolongan kecemasan (first aid), alat pemadam api juga antara yang perlu ada di rumah ataupun dalam kenderaan.

AADI menyarankan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api, sebaiknya jenis serbuk kering (ABC) ataupun karbon dioksida (CO2). Tapi sekiranya tidak mampu, alat pemadam api mudah alih jenis aerosol seperti Firestop di bawah amat disarankan. Pemadam api jenis aerosol ni biasanya boleh didapati dengan harga RM20-50 mengikut jenama dan isipadu.


Selain mudah alih boleh disimpan di rumah atau dalam kenderaan, ia juga boleh digunakan berkali-kali (selagi ada isi dan tekanan aerosol), tidak seperti alat pemadam api serbuk kering yang ada dalam Imago aku (Perodua standard) yang hanya boleh digunakan sekali. Ia juga senang digunakan, kecuali anda tidak pernah menggunakan produk beraerosol seperti deodoran, cat semburan ataupun racun serangga.

Sekurang-kurangnya kita boleh mengawal (sebaiknya memadamkan) kebakaran kecil daripada merebak menjadi kebakaran besar. Jadikanlah peristiwa kebakaran besar Kampung Datuk di Sibu beberapa bulan lepas sebagai iktibar.

_____
Ada apa: Lebih-lebih lagi semasa musim perayaan ni...

Wordless Wednesday: Samurai Burger

$
0
0


_____
Ada apa: Entri provokasi? Hehehe...

Kembali Ke Bintulu (Part 13)

$
0
0
Selamat tiba di Bintulu petang tadi setelah bercuti raya selama seminggu di Membakut. Kekangan masa dan teknologi menyebabkan aku tak dapat mampu membuat entri blog semasa bercuti.

Sangkut tiga jam di sempadan.
Selamat kembali ke alam realiti, selepas raya ni ada beberapa situasi "post-raya chaos" yang bakal ditempuh, antaranya:
Hari ni raya keenam, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SHRAMZB kepada pengikut setia blog AADI sama ada komentar tegar, pembaca senyap mahupun spesies blogwalker.

_____
Ada apa: Esok kerja...
Viewing all 2451 articles
Browse latest View live