Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2452

Ada Apa Dengan Mizone?

$
0
0
Terjumpa sebotol minuman isotonik import yang agak menarik berjenama Mizone di sebuah pasar raya berdekatan dengan Sun Yun Music House.


Terdapat dua jenis perisa Mizone di pasar raya tersebut, satu daripadanya ialah mangga kweni (kuini?) yang satu lagi aku lupa (mungkin oren kot?). Aku suka isotonik jenis tidak berkarbonat sebegini (sama seperti Gatorade dan Boost), kerana ia enak dinikmati sama ada dalam keadaan sejuk mahupun suam, amat sesuai sebagai bekal untuk pemanduan jarak jauh.

Rasanya pun amat sederhana, lebih kurang macam rasa Spritzer Pop tanpa karbonat. Diproduksi oleh PT Tirta Investama, Kelantan Klaten, Indonesia dan memiliki logo halal Majelis Ulama Indonesia. Harganya sekitar RM2.xx untuk sebotol berisipadu 500 ml, ia masih lagi murah dan berbaloi.

_____
Ada apa: "Mizone jadi 100% kamu" slogannya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2452

Latest Images

Trending Articles