Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2454
↧

King Diamond - The Puppet Master (10th Anniversary Re-Issued)

$
0
0
Pancingan daripada Rock At Large bersama-sama Haven pertengahan bulan Disember lepas. Bukan Master Of Puppets tapi The Puppet Master, album studio ke-11 King Diamond. Ini merupakan versi isu semula bersempena ulang tahunnya yang ke-10 (2013).


Seperti album-album KD yang lain, ini merupakan album konsep yang bercerita mengenai tok dalang boneka yang membuat boneka daripada mayat manusia, kemudian bla bla bla... Perlukah aku cerita? Hahaha~ Entah tiba-tiba aku teringat kepada Chiyo, Sasori dan Kankuro dari Tsunagakure.


Selepas House Of God, aku seperti tidak terpeduli lagi untuk mengikuti perkembangan KD, membuatkan aku terlepas beberapa album hebat - Abigail II, album ini dan Give Me Your Soul... Please.


Versi ini juga didatangkan dengan DVD bonus yang memiliki video KD menceritakan sendiri peristiwa jalan cerita dalam album ini. KD sememangnya seorang tukang karut yang ohsem. Tapi sayang, aku hanya sempat menonton DVD tersebut hanya 10-12 minit pertama. Versi YouTube disertakan di bawah.



Mendengarkan semula lagu-lagu dalam album ini aku perasan ada satu vokal yang bukan dalam julat vokal KD. Bila dibelek inlay dan rujuk Pak Wiki, rupa-rupanya ada vokal artis wanita jemputan Livia Zita.

Ada beberapa riff, lenggok muzik serta solo mengingatkan aku pada album House Of God. Secara tidak langsung beberapa deja vu yang meremangkan bulu roma mula kembali.

Cover art - slipcase vs original inlay.
Aku pernah memiliki album ini versi CDR hitam yang diperolehi daripada Aunty Campbell sekitar April 2005. Ironinya, selepas dibeli, rasanya aku hanya pernah memasangnya 2-3 kali sebelum disimpan, "hilang" dan hanya dijumpai semula beberapa bulan lepas.

Versi Campbell dan versi RAL.
Versi Campbell ini mungkin akan disimpan dalam Imago, untuk CD belasahan semasa pemanduan. Versi RAL sudahpun disalin dalam bentuk MP3 untuk halwa telinga semasa bertugas didengar menggunakan Walkman.

_____
AADI: Kembali mengumpul diskografi KD secara perlahan-lahan.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2454

Latest Images

Trending Articles