Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451
↧

Foo Fighters - Concrete And Gold

$
0
0
Album studio kesembilan dan terkini Foo Fighters yang baru sahaja dirilis pada bulan September, diperolehi daripada batch ke-14 Radin Music Centre beberapa minggu lepas.


Aku perasan tiga album studio FF kebelakangan ini Wasting Light, Sonic Highways dan album ini semuanya menggunakan format slipgate yang pada pendapat aku agak leceh dan nampak murahan berbanding digipak dan jewel case. Patutnya kalau versi slipgate begini harga lagi murah sebab kurang kos.


Secara rasminya FF sudah ada enam orang ahli, Rami Jaffee yang sebelum ini menjadi keyboardist undangan kini sudahpun menjadi ahli tetap FF. Dan tak lupa beberapa artis dan ahli muzik jemputan termasuk nama-nama besar seperti Justin Timberlake, Dave Koz dan Paul McCartney.


Lagu-lagu dalam album ini (bagi aku) agak susah dihadam berbanding Sonic Highways, mungkin disebabkan vibe psychedelic rock yang agak ketara. Kecuali beberapa lagu seperti Run, The Sky Is A Neighborhood dan The Line yang mungkin disebabkan sudahpun dilayan sebelum album ini dirilis.

Dan sebuah lagu dengan vokal sepenuhnya oleh Taylor Hawkins iaitu Sunday Rain, yang mana kerja pukul-memukul digalas oleh Paul McCartney.



Album ini masih lagi panas, fresh from the oven. Jika diberi peluang mendengarnya beberapa kali lagi, mungkin boleh jiwa.

_____
AADI: Oh abang Pat.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Latest Images

Trending Articles