Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Hepi;) @ Glam Rock Nite

$
0
0
Jumaat 24/11/2017 - Persembahan Hepi;) menjadi gimik pembukaan majlis makan malam tahunan kelab, sesuai dengan temanya tahun ini "Glam Rock Nite".

BB - bassist boroi.
Dengan soundcheck Enter Sandman (instrumental) dan persembahan medley lagu-lagu Wings Opera-Bujang-Jerangkung (playsafe) sudah cukup menghangatkan suasana majlis yang sememangnya sedia hangat dek kipas dewan tidak dipasang atas alasan takut dekorasi berterbangan (apa daa~).

Ok, sebelum Deaf-Angel bertanya, ada sedikit sneak-peek video persembahan yang dicilok daripada Facebook Azrol.


Sila abaikan rambut rebonding itu...

Aku tak ada gambar-gambar semasa kejadian, mungkin nanti akan cuba dapatkan daripada juru kamera rasmi kelab. Jika ada, akan tambah di bawah perenggan ini kelak. Rock on! \m/

_____
AADI: Pakai t-shirt ESP walaupun guna bass Ibanez.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Latest Images