Sessi jamming persediaan untuk persembahan hujung minggu ini, yang diadakan pada petang Sabtu lepas bertukar menjadi sessi pandu uji, kerana Bob Kandar terpaksa tarik diri saat-saat akhir kerana ada urusan keluarga yang lebih penting.
Oh ya, *persembahan hujung minggu ini ialah untuk majlis makan malam (ala hari keluarga) dengan tema "Rock Nite". Kami menggunakan moniker Hepi;) dan bukan MUP kerana hanya bermain secara 3-piece, kebetulan aku, Bob dan Azrol merupakan sebahagian daripada "keluarga" tadi.
Seperti biasa, sessi sebegini dijadikan platform untuk mencuba barangan terbaru, contohnya gigrig bass terkini aku; Tommy (SR300) - WGV-601 wireless - MS-60B - Sparrow - PA system.
MS-60B hanya digunakan untuk fungsi compressor (M Comp), bass overdrive (Muff) dan noise gate (ZNR) sahaja, manakala fungsi preamp (dan DI) diambil alih oleh Sparrow. Kualiti bunyi Sparrow ini dapat menandingi VXL yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.
Setelah berpuas hati dengan prestasi Sparrow ini, maka GAS untuk mendapatkan Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion dapat diredakan.
Azrol pula memandu-uji Neon aku yang kini bernadi Sentient/Pegasus secara terus ke amp Vypyr 30. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pikap ini amat cemerlang dengan teknologi modeling, pemprosesan bunyi dan pedal distortion (Dr. J Lancelot). Ulasan Lancelot mungkin akan dibuat dalam entri berasingan.
*Diberi slot persembahan selama 15 minit, cadangan setlist yang pendek, Enter Sandman (instrumental) untuk sessi soundcheck pembuka majlis dan medley Wings klasik (Opera Hidup, Bujang Senang, Jerangkung Dalam Almari), agak playsafe. Manakala Kabus dijadikan lagu encore (jika perlu).
_____
AADI: Nak cari rambut palsu lepas ni.