Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2447

Duncanised Neon

$
0
0
Modifikasi yang telah dirancang lebih awal, Neon dibelanja dengan set Seymour Duncan progressive metal Sentient/Pegasus. Pegasus telah dimiliki sejak tahun lepas, masih belum memiliki perumah yang sesuai setelah keluar masuk Mirage dan Johnny. Manakala Sentient baru sahaja diperolehi minggu lepas, semata-mata untuk melengkapkan projek ini.


Pemasangan dilakukan Sabtu lepas, mengambil masa dalam setengah jam. Pendawaian gitar jenis superstrat lebih mudah kerana pikap-pikap hanya perlu dipateri pada terminal suis berbanding pada potentiometer seperti gitar-gitar Les Paul dan Explorer. Atau adakah aku yang semakin kompeten?


Seperti yang dijangkakan, pikap asal ESP designed LH-150 merupakan jenama G&B yang dilabel semula. LH-150 pikap yang bagus, output tinggi dan agak berbaloi untuk gitar-gitar LTD 200-series ke bawah. Tapi tentu ada sebab kenapa pikap seperti DiMarzio, Seymour Duncan, EMG, Tesla, Entwistle, dll menjadi pilihan, kan?


Routing kaviti pikap yang agak kemas, cuma cat shielding hitam agak sememeh sikit. Masih mengekalkan komponen asal kecuali kapasitor "Chiclets" yang telah diganti dengan kapasitor Sprague Orange Drop 22nF, kebetulan ada beberapa unit benda ini dalam stok peribadi (tajaan Yustech GT, terima kasih).


Dirancang untuk menggunakan suis 5-arah Gotoh DM-50, dengan opsyen parallel dan split pada posisi 2 dan 4 untuk variasi tona. Tapi bila memikirkan fungsi gitar ini sebagai gitar pentas (seperti Calypso) yang sepatutnya seringkas yang mungkin, biarlah suis 3-arah asal digunakan.


Dalam kesempatan yang ada, bahagian headstock dilekatkan dengan sticker florescence hijau sebagai bindings DIY, sama tema dengan warna badannya. Aku pasti ia tak akan bertahan lama, kah kah kah...

Quick test, karekter bunyi Sentient agak PAF-ish dengan tambahan treble yang tinggi, kena laraskan sedikit tombol tone untuk mendapatkan signature sound "bulat" ala Dave Murray. Pegasus pula memang sesuai digunakan bersama-sama teknologi amp modelling, disebabkan outputnya yang medium, setiap respon picking terasa jelas. Akan dipandu-uji seoptimumnya pada sessi jamming akan datang.

_____
AADI: Tapi LTD tak akan menjadi ESP/E-II/Edwards.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2447