Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Sepetang Di Gig Terjun Part III Jepak

$
0
0
Sabtu (28/10/2017) - Bertolak sekitar 2.30 petang dari Bintulu, bersama-sama Azrol dan bassist jemputan Herman (NV Unity) menaiki Imago aku. Sudahpun kautim dengan Bob Kandar yang juga seorang daripada AJK penganjur untuk memilih slot pada sebelah petang untuk MUP.


Setibanya di Dewan Balairaya Kampung Jepak sekitar 3.00 petang agak terkejut kerana dewan seperti tidak ramai orang, yang ada hanyalah kru penganjur dan ahli beberapa buah kumpulan sedang menunggu giliran untuk soundcheck. Bob Kandar pun belum datang...

KIKOSP dan G7.1ut.
Rupanya ada sedikit miscommunication, ataupun mungkin perubahan pada saat-saat akhir kerana ada melibatkan VIP (akupun tak pasti). Gig sebenar akan berlangsung pada sebelah malam dan slot petang adalah untuk sessi soundcheck. Hello Bob, apa sudah jadi?

Kehilangan ahli kumpulan.
Aku dan Azrol memang tidak dapat datang kalau gig sebelah malam. Setelah berbincang sesama sendiri, kami memutuskan untuk membuat persembahan penuh semasa sessi soundcheck. Giliran MUP "soundcheck" bermula sekitar pukul 4.30 petang.


Ya, warna hijau Neon juga memang menyerlah, dapat menandingi warna hijau Calypso, sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas, very, very 80's.

Setlist yang dimainkan - Pentagram Di Atas Pusara (lagu sendiri), Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Sepatutnya ada satu lagi lagu sendiri bakal dimainkan (working title: Mengkarung) semasa gig ini, tetapi disingkirkan daripada setlist kerana belum yakin arrangement belum mantap.

Foto kredit: Herman Akmal.
Bassist terjun jemputan, Herman Akmal daripada kumpulan NV Unity yang baru saja malam sebelumnya menang BOTB sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Betong. Youth energy... Teringat stamina aku waktu aku 20an dulu.

Foto kredit: Herman Akmal.
Beraksi dengan hanya disaksikan oleh kru penganjur dan ahli kumpulan lain, kah kah kah memang janggal rasanya.

Juga ada sedikit masalah teknikal sebelum lagu 2MTM, tiba-tiba bekalan elektrik terputus (tripped?), ah sumpahan electric youth kembali! Tapi nasib baiklah terjadi perantaraan lagu dan bukannya semasa persembahan.


LTD vs. Ibanez.

Video pendek yang dirakam oleh seorang ahli kumpulan lain (Nawaitu Band kalau tak silap) kemudian dimuat-naik dalam Facebook Azrol. Solo aku improvised/simplified.


Habis "persembahan" sekitar pukul 5.00 petang, semasa lepak di luar dewan sambil mendengar kumpulan Jepak Buskers soundcheck, tiba-tiba muncul kelibat Ayahanda Pandan... Ah! Kau terlepas persembahan MUP tadi.

Post-mortem Gig Terjun:
  1. Jadual/tentatif patut diperjelaskan oleh penganjur, sekarang sudah moden, guna media sosial lagi cepat.
  2. Mengekalkan tradisi MUP yang mengambil masa soundcheck dalam tempoh ~5 minit.
  3. Backline (amp) tak seberapa, tapi disokong oleh FOH/PA system yang mantap.
  4. Field test Neon, lulus!

Entri Mini: Gigrig?

Reality check sebelum gig - memang teringin nak bawa full pedalbard atau flagship multi-fx, tapi bila fikir balik setlist cuma guna dua perubahan patches (heavy distortion dan solo) maka Zoom MS-50G pun sudah memadai.

Travel light, let's hunt some orcs!
_____
AADI: Terfikir nak cari vokalis wanita untuk MUP.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451