Bersangkut paut dengan entri Rocktoberfest 2017 blog Molotov Cocktailz semalam. Aku dimaklumkan oleh Azrol yang gitar Tazudin (gitaris Larrong) ada masalah output semasa sessi praktis mereka di Bintulu petang Khamis (5/10/2017). Mungkin akan dihantar ke tempat aku untuk "ditengok-tengokkan" petang Ahad disebabkan aku tiada di Bintulu hujung minggu tersebut kerana balik ke kampung Mrs. Ijau.
Dihantar oleh Adi Herman pada malam Isnin (9/10/2017), sebuah gitar Jackson Rhoads, aku tak pasti model apa tapi berkemungkinan model RR3 berdasarkan karekteristiknya. Ini merupakan gitar utama Tazudin, ditinggalkan di Bintulu untuk servis, manakala *gitar kedua (backup) BC Rich Mockingbird digunakan semasa persembahan mereka di Miri - berdasarkan gambar-gambar Facebook Adi Herman.
Headstock Jackson sememangnya seksi. Dah lama teringin untuk mendapatkan sebuah Jackson dalam axology, kali terakhir ber-Jackson tujuh tahun lepas dengan Kelly Kelly (JS32T Kelly). Tapi mungkin jodohku bukan dengan jenama Jackson, sebab baru-baru ini pun terlepas peluang untuk memiliki sebuah Jackson, mungkin akan dirapu dalam entri lain.
Buatan Jepun dengan plet nombor siri 9767588. Maple neck, ebony(?) fretboard with the infamous Jackson's sharktooth inlays. Bernadi Seymour Duncan, tak pasti model apa, berkemungkinan besar hot rodded set (JB/Jazz). Dengan sistem tremolo Jackson, design seperti Schaller. 2x volume, 1x tone, 3-way toggle switch.
Difahamkan gitar ini bermasalah dengan output, sama ada output kurang ataupun langsung tiada output. Biasanya masalah macam ni sama ada volume pot bermasalah ataupun output jack. Tapi yang peliknya, bila aku cuma pandu-uji untuk pertama kali, semuanya normal, tiada masalah.
Menjenguk isi perut, masih lagi pendawaian asal dari kilang Jepun, belum ada apa-apa modifikasi. Tiada apa-apa wayar pintas (short-circuited) dikesan.
Output jack pun dah guna Switchcraft yang tahan pukul, juga tiada masalah dikesan. Dipandu-uji berkali-kali menggunakan amPlug2, Micro Cube dan HT-5RH, ketiga-tiganya tiada masalah, ada output, dan output maksima bisa mendapatkan bunyi distortion yang tepu.
2-3 hari kemudian, dicuba lagi, masih tiada masalah. Jadi kesimpulannya, gitar ini tiada masalah, berkemungkinan besar masalah pada kabel yang digunakan.
Ok lain cerita, gitar ini dihantar bersama-sama hardcase Gator GW-Extreme. Hardcase yang lebih berat (8.0+ kg) berbanding gitar (3.0+ kg), teringat Jairo ada hardcase sebegini untuk Ironbird-nya. Mana Jairo?
Hardcase ini mempunyai foam pelbagai bentuk yang boleh dipadankan dengan gitar berbentuk ekstrim - Jackson (Rhoads, King V, Kelly, Warrior), Gibson (Explorer, Flying V, Firebird), BC Rich (Warlock). Sempat jugalah mencuba Korina masuk dalam hardcase ni, memang muat untuk Explorer, kah kah kah...
*Moral of the story - sentiasa bawa gitar backup kalau ada persembahan awam atau gig di luar kawasan. Shit do happens...
_____
AADI: Jackson oh Jackson, lari ke LTD.