Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Ada Apa Dengan Mamee Karipap?

$
0
0
Apa? Mamee Monster perisa karipap edisi terhad? Selepas nampak iklannya di Facebook, aku terus mencari Mamee perisa karipap ni.


Aku dan Lil'Ijau sememangnya peminat tegar Mamee Monster (like father, like daughter). Selalunya aku beli perisa ayam atau BBQ paket besar sekitar RM3.40 yang berisi 10+ paket kecil untuk makanan jajan anak-beranak (selain keropok Twisties, Cheezels atau Double Decker) sambil tengok TV.

Rasa? Serius, memang rasa karipap, hahaha... Maksud aku rasanya seperti kari inti karipap. Dan aku perasan meenya juga lebih rangup dan rapuh berbanding mee perisa ayam/BBQ yang selalu dimakan. Mungkin ini mengimitasi kerangupan dan kerapuhan kulit karipap kot? Kah kah kah...

_____
AADI: Pernah makan karipap inti oksigen?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451