Quantcast
Channel: Ada Apa Dengan Ijau?
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451

Alat Ganti Elektronik Gitar Gaya Lazada

$
0
0
Kalau dulu benda macam ni selalunya aku beli melalui eBay, sekarang dah ada opsyen lebih berbaloi melalui Lazada.


Masih dari tanah besar China dengan pengeposan percuma. Cuma kelebihan Lazada berbanding eBay ialah penggunaan matawang kita MYR dan banyak opsyen kaedah pembayaran.

Kalau eBay, bayar guna Paypal lah jawabnya, itupun bergantung pula pada forex semasa. Kebanyakkan seller eBay dari China biasanya guna USD berbanding RMB.


Barangan pendawaian dalaman gitar elektrik, dua set pra-wayar untuk Stratocaster (1x volume pot, 2x tone pot, 5-way blade switch, output jack). Pra-wayar macam ni lebih ekonomi berbanding beli komponen-komponen tadi secara berasingan.


Lima unit pot B500k bersaiz penuh, ikut pengalaman saiz penuh 1" lebih tahan berbanding saiz kecil 0.5". Wayar bersadur (shielded?) panjang 9', wayar sebegini lebih menjimatkan ruang semasa pematerian pikap/suis/pot/jack berbanding kaedah dua wayar.


Dan tiga set strap button jenis cendawan (mushroom) dalam tiga warna berlainan - krom, nikel dan emas - untuk menggantikan strap button yang sudah longgar atau jenis yang tidak sesuai dengan hujung strap.

Ramai dah rakan-rakan sepergitaran dari Bintulu mula merujuk aku jika ada masalah pendawaian gitar atau servis tukar pikap, antara sebab utama aku menyimpan stok barangan sebegini selain untuk kegunaan sendiri.

_____
AADI: Aku perlukan pateri dan timah yang berkualiti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2451