Album studio pertama dan satu-satunya album daripada band Newsted (dieja NEWST∃D), yang diterajui oleh tak lain tak bukan Jasonic (Jason Newstead), diperolehi daripada Rock At Large beberapa minggu lepas bersama-sama kompilasi Soundtrack Of My Life.
Dah lama aku cari album ni semenjak ia dirilis hampir empat tahun lepas, sebab nak dengar macam mana muzik metal acuan Jason. Di eBay harganya agak tidak berbaloi, dan sebelum ini (kalau tak silap) Rock At Large cuma ada versi piring hitam, terima kasih kerana membawa masuk versi CD.
Vokal raspy Jason memang ngam dengan lagu-lagu dalam album ni. Riff-riff thrash dan heavy ala Metallica era AJFA (dan mungkin DM atau HTSD) pun ada terasa, yang mellow ala era Load/Reload pun ada. Bunyi bass lebih menonjol seakan-akan bass Lemmy Motorhead, dan kalau tak silap ada juga solo bass, tak perlu dibincangkan kenapa.
Kerja gitar (Mike Mushok?) pun menarik, solo-solo ringkas tapi ada umph tersendiri tanpa perlu ada efek wah-wah, hehehe...
Sayangnya Newsted tak bertahan lama, dibubarkan tahun lepas atas sebab-sebab tertentu, Jason ni kan penuh misteri. Aku rasa jika album ni di-mainstream-kan, cukup promosi, ia mungkin menjadi pesaing hebat muzik thrash/heavy semasa.
_____
AADI: King of the underdogs...